Dalam sebuah kitab karangan Imam
al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut
sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang
keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif.
Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima,
namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin.
Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz,
namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka
Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis
berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku
lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau
jadikan Adam daripada tanah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya
pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi
hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya
seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara
dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada
sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek
tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar
seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari
syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia
tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T
melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun
iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai
sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para
malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin
dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali
baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya
iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu
mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.”
Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu.”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”
Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.”

“Dan pada anak-anak, iaitu dengan
menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara
yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat
perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka
Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang
batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat
dan berjanjilah mereka.” (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat
64 yang bermaksud : “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara
mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau
yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan
anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis
kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Kami membutuhkan kritikan dan masukan dari pembaca..
silahkan berdialog.. :)